Monday 29 April 2019

4 April 2019. Block Hour telah dijalankan bagi memberi hadiah kepada pemenang-pemenang program Interpart yang diadakan pada 31 March yang lalu.




Bahagianya Deqwan menang hamper!



Majlis diserikan dengan kehadiran para pensyarah yang sudi hadir ke block hour yang bertempat di Al-Biruni 1.
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah Perkhemahan Teen Titans' yang berlaku pada tempoh hari. Majlis memberikan hadiah kepada Pengarah program, Penghulu dan Penghuluwati.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang interpart.




 Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah tanda 'Terima Kasih kepada Madam Junaidah serta pensyarah lain kerana sudi datang ke Program Interpart pada tempoh hari.








Wednesday 10 April 2019

  31 March 2019, Persida telah menganjurkan INTERPART FACULTY OF ACCOUNTANCY iaitu satu program yang melibatkan pelajar Diploma Perakaunan bahagian 2 & bahagian 4, bermula pada jam 10 pagi hingga 3 petang. Program ini melibatkan aktiviti sukan seperti ;

Bola Jaring;

Bola Tampar;


Futsal;


Bola keranjang ;

Di samping itu, kami juga bertuah kerana dihadiri oleh lecturer-lecturer dan batch Persida pada tahun 2004!



Ribuan terima kasih kepada yang hadir pada program Interpart pada 31 March 2019 yang lalu! Marilah bersama-sama memeriahkan lagi program-program persida yang akan datang. 
Antara wajah-wajah yang menceriakan hari kami; 

Kami memohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan kami. 

Terima kasih kepada yang memberi kerjasama dan membantu menjayakan serta memudahkan program ini :)

Tulang belakang program Interpart

Thursday 4 April 2019




  Pada 23 March 2019 dan 24 March yang lalu, Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan daripada Fakulti Perakaunan telah pun menganjurkan Kem Teen Titans' bagi pelajar Diploma Perakaunan Bahagian 2 yang bertempat di Felda Residence, Tekam yang bertempat di Jerantut, Pahang serta bertemakan Team Building.




Sebaik saja sampai di Kem Tekam, kehadiran pelra pelajar diambil oleh penghulu (Deqwan) dan juga penghuluwati. (Eliana)




Latihan Dalam Kumpulan


.
  Antara aktiviti yang dilakukan pada hari pertama ialah pembahagian kumpulan, pemilihan ketua serta aktiviti seperti pelajar perlu menyediakan nama kumpulan, motto, logo serta lagu ataupun cheers kumpulan.













Kem ini diserikan lagi dengan kehadiran para pensyarah daripada Fakulti Perakaunan
Sir Ikhwan dan Azmi bersama keluarga beliau yang sedang menjamu selera.


Madam Wani, Madam Anis bersama Sir Yuzainizam sedang melihat 'press conference' antara salah satu sesi.

Aktiviti explorace dipetang hari!


                                     



Pada malam hari yang pertama, telah berlakunya forum yang bertajuk 'Kepimpinan Dilatih atau Semulajadi'. Panel-panel di forum ini ialah Sir Ikhwan, Sir Azmi, Izram Zahrain, selaku Presiden Persida dan bersama moderator, Muzafar.

  Terdapat banyak input yang boleh para pelajar dapat daripada sesi ini.


Selain itu, ada juga Press Conference dimana tujuannya ialah mencungkil daya berfikir secara pantas yang ada pada setiap pelajar. Sesi ini amat penting kerana sebagai seorang pemimpin, kita perlulah mempunyai daya untuk berfikir dengan pantas serta membuat keputusan dengan pantas.



Setiap kumpulan diberi situasi, seterusnya memberi masa sebanyak 1 minit untuk mereka berfikir point point mereka dan mereka perlu membentangkan point mereka.







        Hari kedua, keesokan harinya ialah hari mendaki 6 gua di Jerantut.


Pelajar mendengarkan taklimat sebelum mendaki gua.
  Antara gambar-gambar di guaaa!









Tamatlah kem Teen Titans'

Montage Teen Titan Camp 1.0



 Ribuan Terima kasih kepada para biro yang berhempas pulas menjayakan Program Teen Titans' kali ini. Usaha anda amat kami hargai.